Tuesday 29 August 2017

Pantai Timur ! Here I Come !

Assalamualaikum :)
Salam Blogger semua :D


  Yaww. !!! I'm back with another entry. How was your day ? Semoga elok-elok sahaja ye. Syaza pun alhamdulillah menjalani rutin harian seperti biasa dan elok-elok sahaja :)

  Yes, back to my topic. Pantai Timur ? Negeri mana? Okay , Syaza bakal mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar degree di Terengganu :) heeee. Yes, Syaza dapat sambung belajar du UMT . Alhamdulillah still ada rezeki nak sambung belajar.

  apa-apa pun tak sangka jugak dapat sambung belajar kat sana hahaha. Agak JAUH jugak la dari tempat asal Syaza. Syaza tinggal di Perak. So yahhh, bukan Syaza je yang terkejut dapat kat sana. Ibu Ayah lagi la terus bulat mata dapat tahu kita dapat belajar kat sana. Faham, pening wooo nak fikir balik macam mana time cuti. Tapi dah siap-siap cakap kat ayah, time ni la nak cari pengalaman pi jauh-jauh. Before ni study kat Kedah. Itupun dah buat ayah pening. Tapi tak sejauh Terengganu ni la.

  Apa-apa pun ibu ayah tetap bagi sokongan. Okay jujur lah, Syaza memang ada niat nak belajar jauh-jauh hahahaha . So memang time isi UPU dari lepas spm sampai sekarang mesti terselit 2,3 tempat yang jauh. Tup-tup hahaha dapat jugak jauh, lagi jauh dari Kedah :). Benarlah, setiap kata-kata itu doa.

  Gementar, takut, teruja, tak sabar. Semua bercampur baur. Goshhh, tapi takut tu lebih menguasai diri la. Ouh ye, Syaza dapat tawaran kos sains Kimia Analisis dan Persekitaran. Tak pernah dengar ? Jangan risau, sebelum Syaza mohon kos ni, Syaza dah buat research dulu kos ni macam mana sebenarnya. So far memang ramai tak tahu sangat kos ni. Walhal banyak je peluang pekerjaan untuk kos ni. Lagi-lagi kos ni banyak nak guna kemahiran makmal. So why not kan Syaza mohon, tambahan pula Syaza agak minat juga la subjek kimia ni berbanding bio and fizik :)

   Benarlah, kalau rezeki kita bukan hari ni, mungkin rezeki kita terletak elok pada hari lain. Syukur sekali lagi sebab apa ? Time lepas SPM Syaza nak sangat sambung belajar dalam kos yang ada kaitan dengan Kimia. Sayangnya, Syaza tak dapat tawaran kos yang Syaza nak time tu. Dapat tawaran masuk uitm, kat Perak lagi tuuu. Tapi bukan kos yang Syaza nak. Makanya Syaza pun terima lah tawaran ke matrik Kedah. Sebab kat Matrik ada subjek Kimia lagi.

   Tapi ! HAHAHA barulah tahu azabnya belajar kimia. Susah dia jauh lagi susah dari time SPM. Tapi apa-apa pun Kimia still no 1 :). So time lepas matrik ni la baru Allah makbulkan doa Syaza. Syaza berkesempatan dapat kos ni. Walaupun result kimia Syaza kat matrik agak teruk jugak la. Tak ada yang bagus selama 2 sem. Tapi tu lah, percaya pada rezeki. Kita tak nampak lagi apa hikmah semua ni. Tunggu dan lihat je. 

  So yahh, thats all for today. Pantai Timur, just wait ! I will come to achieve my dream. Ooemgi, teruk dah cara penulisan Syaza. Syaza akui, time zaman dulu berblogging lagi elok dari sekarang :0

Salam
and
Byee

No comments:

Post a Comment

 
COPYRIGHT*ALL CONTENST WAS BELONG TO ME*