Monday 24 September 2018

Pray for me :)

Bismillah
&
Assalammualaikum

Mukadimah wajib "fuhhh fuhhh dah berhabuk" ahaks. 

My last post is about I'm going to Terengganu and starts my degree life there. Where ? Yeahh in UMT, don't ask me UMT stands for what. Go find it by yourself. HAHAHAHAHA. Okay, what's happenned next ? I'm stop for a while, not because of lack of ideas. But I'm too lazy. Jangan tanya kenapa malas, dah perangai macam tu.

Aku boleh blame kan diri sendiri sebab aku dah kekok nak taip macam mana, macam mana nak susun cerita, dan sebagainya. Zaman sekolah dah berlalu, cerita dah tak banyak. Karangan bahasa dah lama ditinggalkan since end of 2015 so tamat karangan. time MUET je aku buat karangan, tumpul sihhh. Mark rendah gila so memang nampak la sebabkan karangan dah lama tak dikarangkan makanya berterbur la isi-isi karangan.

Sekarang aku tengah struggle nak mati taip dalam blog. Why aku nak taip juga if susah benor nak spend sikit masa untuk buka laptop, taip , fikir macam mana nak start and bla bla la. 

  • First, aku tak suka ada diary yang berbentuk buku. Aku dah try ada diary macam tu since sekolah, last last tak jalan. 
  • Kedua aku punya tulisan tak cantik, kalau buka diary rasa tak semangat nak selak and baca sebab tulisan tersangat tak memberangsangkan. 
  • Ketiga, mesti hilang tak pun entah letak kat mana. 

Kesimpulan, lepas aku kenal blog , aku try and yeah aku suka. Sampai addicted woooo. Since school juga aku kenal blog ni. Pastu delete sebab banyak meraban tentang kehidupan di sekolah yang macam tak matang, aku delete time 2014. Masalahnya, merepek meraban pun cerita aku, followers ramai weyyyy. I'm speechless hahahhaha. 

Now aku berdoa supaya aku nak rajin macam dulu. Cumanya aku tak lah selalu nak cerita sebab aku busy ecehhhh. Dan ikut mood, kalau ada content best baru aku taip. Kalau tak da, lantak lah blog ni hahhahaha. So my next post I'm gonna to write about how was my life for be first year student in UMT 2017/2018. Ngam tak ngam hahhhh? So doakan lah aku try untuk bangkitkan semangat blogging aku ni. HAHAHAHAH.

In shaa Allah hari jumaat ni aku try untuk make a story sikit and aku try godek-godek balik cari gambar time first year aku dalam phone. Baru syok nak cerita sambil kita bagi selingan gambar ye dak ?? So yeahhh I'm gonna stop here okay? Byeeeee.


ps: Aku lupa macam mana penutup selalu aku buat. Halal lah aku nak buh Tutup Salam hahahahaha.




Tuesday 29 August 2017

Pantai Timur ! Here I Come !

Assalamualaikum :)
Salam Blogger semua :D


  Yaww. !!! I'm back with another entry. How was your day ? Semoga elok-elok sahaja ye. Syaza pun alhamdulillah menjalani rutin harian seperti biasa dan elok-elok sahaja :)

  Yes, back to my topic. Pantai Timur ? Negeri mana? Okay , Syaza bakal mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar degree di Terengganu :) heeee. Yes, Syaza dapat sambung belajar du UMT . Alhamdulillah still ada rezeki nak sambung belajar.

  apa-apa pun tak sangka jugak dapat sambung belajar kat sana hahaha. Agak JAUH jugak la dari tempat asal Syaza. Syaza tinggal di Perak. So yahhh, bukan Syaza je yang terkejut dapat kat sana. Ibu Ayah lagi la terus bulat mata dapat tahu kita dapat belajar kat sana. Faham, pening wooo nak fikir balik macam mana time cuti. Tapi dah siap-siap cakap kat ayah, time ni la nak cari pengalaman pi jauh-jauh. Before ni study kat Kedah. Itupun dah buat ayah pening. Tapi tak sejauh Terengganu ni la.

  Apa-apa pun ibu ayah tetap bagi sokongan. Okay jujur lah, Syaza memang ada niat nak belajar jauh-jauh hahahaha . So memang time isi UPU dari lepas spm sampai sekarang mesti terselit 2,3 tempat yang jauh. Tup-tup hahaha dapat jugak jauh, lagi jauh dari Kedah :). Benarlah, setiap kata-kata itu doa.

  Gementar, takut, teruja, tak sabar. Semua bercampur baur. Goshhh, tapi takut tu lebih menguasai diri la. Ouh ye, Syaza dapat tawaran kos sains Kimia Analisis dan Persekitaran. Tak pernah dengar ? Jangan risau, sebelum Syaza mohon kos ni, Syaza dah buat research dulu kos ni macam mana sebenarnya. So far memang ramai tak tahu sangat kos ni. Walhal banyak je peluang pekerjaan untuk kos ni. Lagi-lagi kos ni banyak nak guna kemahiran makmal. So why not kan Syaza mohon, tambahan pula Syaza agak minat juga la subjek kimia ni berbanding bio and fizik :)

   Benarlah, kalau rezeki kita bukan hari ni, mungkin rezeki kita terletak elok pada hari lain. Syukur sekali lagi sebab apa ? Time lepas SPM Syaza nak sangat sambung belajar dalam kos yang ada kaitan dengan Kimia. Sayangnya, Syaza tak dapat tawaran kos yang Syaza nak time tu. Dapat tawaran masuk uitm, kat Perak lagi tuuu. Tapi bukan kos yang Syaza nak. Makanya Syaza pun terima lah tawaran ke matrik Kedah. Sebab kat Matrik ada subjek Kimia lagi.

   Tapi ! HAHAHA barulah tahu azabnya belajar kimia. Susah dia jauh lagi susah dari time SPM. Tapi apa-apa pun Kimia still no 1 :). So time lepas matrik ni la baru Allah makbulkan doa Syaza. Syaza berkesempatan dapat kos ni. Walaupun result kimia Syaza kat matrik agak teruk jugak la. Tak ada yang bagus selama 2 sem. Tapi tu lah, percaya pada rezeki. Kita tak nampak lagi apa hikmah semua ni. Tunggu dan lihat je. 

  So yahh, thats all for today. Pantai Timur, just wait ! I will come to achieve my dream. Ooemgi, teruk dah cara penulisan Syaza. Syaza akui, time zaman dulu berblogging lagi elok dari sekarang :0

Salam
and
Byee

Wednesday 9 August 2017

I'm Back with My New Blog

Assalammualaikum
Hye. Haih, sayang seribu kali sayang. Blog lama sudah lama tak berfungsi dan format html pun dah tukar baru I guess. Agak terkejut sebab totally background blog lama tiba-tiba jadi "no image" so yeah bila bukak kat edit html, memang arahannya pun suruh tukar code. Hahahaha, I'm not pro at all dalam bab coding ni. 

Nak belajar tu boleh la tapi I need face to face with someone to learn about coding. Maybe one day, as I have a friend that possibly will learn tentang coding benda alah ni. Kalau ikutkan memang selama ni aku belajar je nak copy paste segala coding nak bagi cantik blog dulu tu. Now blog baru pun sama, duk pakat copy paste code semua tu. 

Thanks bagi mereka yang pro tu sebab kongsi ilmu dan bagi free code tu semua hahaha. I'm not gonna talk a lot on this entry. Saja nak buka mukadimah dalam first entry ni. So yeah this is my new blog. Tunggu je la apa lagi yang aku nak duk taip2 kat sini. Semoga aku active blogging macam dulu. Salam and bye.
 
COPYRIGHT*ALL CONTENST WAS BELONG TO ME*